Tuesday, May 22, 2007

Jawatan : Pegawai Hal Ehwal Islam
Gred : S41
Kod Skim : 2409
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Jabatan Perdana Menteri, Pentadbiran Kerajaan
Negeri Sembilan, Melaka Pulau Pinang dan Perlis.
Jadual Gaji :

P1T1 RM1468.60 - P1T27 RM4033.80
P2T1 RM1550.88 - P2T27 RM4275.80
P3T1 RM1636.79 - P3T27 RM4538.37

Syarat Lantikan:

i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh
Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred S3: P1T3 RM1625.90]; dan

iii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas; atau
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan kajian penyelidikan dan penyediaan bagi membolehkan Mufti mengeluarkan satu fatwa panduan mengenai keberkesanan sesuatu program yang dirancang dan juga sebagai Urusetia kepada Jawatankuasa Syariah.

. Jawatan : Pegawai Pembangunan Masyarakat
Gred : S41
Kod Skim : 1994
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji :

P1T1 RM1468.60 - P1T27 RM4033.80
P2T1 RM1550.88 - P2T27 RM4275.80
P3T1 RM1636.79 - P3T27 RM4538.37

Syarat Lantikan:

i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3 RM1625.90]; ddan

iii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas; atau
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.

a. Jawatan : Pegawai Penerangan
Gred : S41
Kod Skim : 1888
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji :

P1T1 RM1468.60 - P1T27 RM4033.80
P2T1 RM1550.88 - P2T27 RM4275.80
P3T1 RM1636.79 - P3T27 RM4538.37

Syarat Lantikan:

i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii) Diploma Sebaran Am yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UiTM atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

iii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; atau
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3 RM1625.90]; dan

iv) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

[Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Sebaran Am, Sains Hayat (Biological Science), Sains Tingkahlaku (Behavioural Science) atau Sains Gunaan (Applied Science) bergantung kepada keperluan agensi].

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penerangan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas; atau
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/Jabatan. Bagi Kementerian Kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan bahagian ‘non-print' Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak.








a: Jawatan : Pegawai Penerbitan
Gred : N41
Kod Skim : 1771
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Pelbagai Kementerian/ Jabatan
Jadual Gaji :

P1T1 RM1469.81 - P1T27 RM4035.01
P2T1 RM1552.09 - P2T27 RM4277.01
P3T1 RM1638.00 - P3T27 RM4539.58

Syarat Lantikan:

i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau Diploma Sebaran Am
daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya serta Diploma Percetakan daripada London
College of Printing atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T2 RM1548.46]; atau

iii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3 RM1627.11]; dan

iv) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penerbitan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Penerbitan Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan seperti di atas ; atau
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab terhadap perkhidmatan maklumat termasuk pengurusan perpustakaan khas, penerbitan dan sistem dokumentasi.

a. Jawatan : Pegawai Pertahanan Awam
Gred : KP41
Kod Skim : 1873
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Jabatan Pertahanan Awam
Jadual Gaji :

P1T1 RM1471.02 - P1T27 RM4036.22
P2T1 RM1553.30 - P2T27 RM4278.22
P3T1 RM1639.21 - P3T27 RM4540.79

Syarat Lantikan:

i) a) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; atau

b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: P1T3 RM1628.32]; atau

c) Bekas Penolong Penguasa PDRM atau Kapten ATM yang setaraf
dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta
mempunyai rekod perkhidmatan yang baik; dan

ii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk KPSL ke jawatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP3 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas; atau
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran dan pengurusan di peringkat negeri termasuk menguruskan Latihan Gerakan Pertahanan Awam.

a: Jawatan : Pegawai Tadbir
Gred : N41
Kod Skim : 2038
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Pelbagai Kementerian/ Jabatan
Jadual Gaji :

P1T1 RM1469.81 - P1T27 RM4035.01
P2T1 RM1552.09 - P2T27 RM4277.01
P3T1 RM1638.00 - P3T27 RM4539.58

Syarat Lantikan:

i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; atau

ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3 RM1627.11]; atau

iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T4 RM1705.76]; dan

iv) kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N32 adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas; atau
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menguruskan perolehan peralatan pejabat agensi-agensi Kerajaan, memberi khidmat pakar runding terhadap sistem kerja serta pengurusan kakitangan, membantu urusan pindahmilik, gadaian, melepaskan gadaian dan pajakan serta bertanggungjawab ke atas pembahagian pusaka.

a: Jawatan : Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Gred : M41
Kod Skim : 1609
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Jabatan Perkhidmatan Awam
Jadual Gaji :

P1T1 RM1733.59 - P1T24 RM4102.77
P2T1 RM1817.08 - P2T24 RM4349.61
P3T1 RM1904.20 - P3T24 RM4604.92

Syarat Lantikan:

i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii) Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred M41: P1T4 RM1973.17]; atau

iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred M41: P1T7 RM2212.75); dan

iv) lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang
ditetapkan; dan

v) kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Perhatian:

Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre' di INTAN. Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre' itu akan ditemuduga. Calon-calon yang berjaya dalam temuduga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD, Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Deskripsi Tugas:

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

a. Jawatan Pengajar
Gred: U41
Kod Skim: 1156
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji :

P1T1 RM1738.43 - P1T24 RM4107.61
P2T1 RM1821.92 - P2T24 RM4367.76
P3T1 RM1909.04 - P3T24 RM4624.28

Syarat Lantikan:

i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada insitusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

ii) telah berdaftar dengan Lembaga dalam bidang yang berkaitan
jika berkenaan; dan

iii) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu termasuk lulus Ujian Lisan pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Melaksanakan aktiviti-aktiviti perancangan,penyediaan dan pengurusan latihan tenaga manusia bagi kumpulan paramedik dan auksiliari yang lengkap dan berkesan supaya bekalan tenaga manusia bagi kumpulan paramedik dan auksiliari adalah mencukupi, berkelayakan dan berkualiti untuk menanggung keperluan di sektor awam pada masa sekarang dan akan datang.

a: Jawatan : Pengurus Asrama
Gred : N41
Kod Skim : 1966
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji :

P1T1 RM1469.81 - P1T27 RM4035.01
P2T1 RM1552.09 - P2T27 RM4277.01
P3T1 RM1638.00 - P3T27 RM4539.58

Syarat Lantikan:

(a)

(i)

Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau;

(ii)

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau;

[Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T3 RM1627.11] dan

(b)

Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pengurus Asrama adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pengurus Asrama Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas ; atau
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab merancang, mengurus, memastikan pelaksanaan pengurusan kolej kediaman, memantau pentadbiran am dan sumber manusia, penempatan dan makanan pelajar, menyelenggara bangunan serta membangunkan sahsiah diri pelajar. Turut bertanggungjawab menasihati pengurusan atasan (Tribunal Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar / Pihak Pengurusan Institusi Latihan) mengenai hal-hal pengurusan kolej kediaman dan pembangunan pelajar, pengurusan atasan sama ada melulus atau menolak permohonan penginapan pelajar dan mencadangkan pemilihan tender pengusaha-pengusaha dewan makanan serta memantau aktiviti-aktiviti pembangunan pelajar di peringkat kolej kediaman.

a. Jawatan : Penerbit Rancangan
Gred : B41
Kod Skim : 1767
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Kementerian Penerangan
Jadual Gaji :

P1T1 RM1481.91 - P1T27 RM4078.57
P2T1 RM1565.40 - P2T27 RM4321.78
P3T1 RM1652.52 - P3T27 RM4571.04

Syarat Lantikan:

Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti, dan

i) Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain; atau

ii) a) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain; atau

b) STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain; atau

c) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain; atau

d) Diploma dalam bidang sebaran am yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

e) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

f) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred B41: P1T3 RM1641.63]; dan

iii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Calon-calon dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Deskripsi Tugas

Mempunyai kemampuan berkomunikasi dengan jelas dan lancar, menerbit rancangan kategori berat dalam bentuk rencana, dokumentari, majalah dan hiburan. Berkebolehan menguasai Bahasa Malaysia dan berkemampuan membuat analisa perkembangan semasa tanah air dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan juga antarabangsa.

Jawatan : Penerbit Rancangan
Gred : B27
Kod Skim : 2024
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Kementerian Penerangan
Jadual Gaji :

P1T1 RM 968.48 - P1T26 RM2426.53
P2T1 RM1024.14 - P2T26 RM2575.36
P3T1 RM1082.22 - P3T26 RM2729.03

Syarat Lantikan:

Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti, dan

i) a) Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam
bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen
termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan
lain-lain;
[Gaji permulaan minimum ialah pada Gred B27: P1T5 RM1181.44]; dan

b) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia
dengan memuaskan; atau

ii) a) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan
mempunyai pengalaman dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan
rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama,
hiburan, ehwal semasa dan lain-lain.
[Gaji permulaan minimum ialah pada Gred B27: P1T5 RM1181.44]; atau

b) STPM dengan kelulusan yang setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh
STP/HSC atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
dan mempunyai pengalaman dalam bidang perfileman dan/atau
penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan,
teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain.
[Gaji permulaan minimum ialah pada Gred B27: P1T5 RM1181.44]; atau

c) Diploma Pentadbiran Awam dari ITM atau kelayakan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan minimum ialah pada Gred B27: P1T5 RM1181.44]; dan

iii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

iv) Calon-calon dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian
mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan
seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Deskripsi Tugas

Mempunyai kemampuan berkomunikasi dengan jelas dan lancar, menerbit rancangan dalam bentuk rencana, dokumentari, majalah dan hiburan. Berkebolehan menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris atau Bahasa Malaysia dan Bahasa Tamil/Cina dan berkemampuan membuat analisa perkembangan semasa tanah air dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan juga antarabangsa.