Monday, May 07, 2007

tajuk

krururiiu

saja2

SEMINAR ANTARABANGSA AGAMA DAN PEMBANGUNAN III: ISLAM PASCA KEMERDEKAAN
Fri, 2007/02/16 - 11:29am — ikmas
Tarikh: 6 dan 7 Ogos 2007Tempat: Bilik Senat dan Bilik Majlis,Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia
Penganjur Bersama:Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UniversitiKebangsaan MalaysiaKolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Dengan Kerjasama:Universitas Tanggal 17 Augustus 1945, Surabaya, IndonesiaInstitut Agama Islam Negeri (IAIN) Sunan Ampel, Surabaya, IndonesiaInstitut Agama Islam Negeri (IAIN) Imam Bonjol, Padang, IndoensiaJabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, UniversitiMalaya
Latar Belakang:Seminar Antarabangsa Agama dan Pembangunan ini adalah penerusan kepada duasiri seminar sebelum ini iaitu Seminar Antarabangsa Agama dan Pembangunan Iyang diadakan pada 23 Ogos 2004 di Universitas Tanggal 17 Ogos 1945 (UNTAG)Surabaya, Indonesia dan Seminar Antarabangsa Agama dan Pembangunan II yangdiadakan pada 6 Jun 2006 di IAIN Sunan Ampel, Surabaya, Indonesia.Kelangsungan itu, Universiti Kebangsaan Malaysia telah dipilih sebagai tuanrumah Seminar Antarabangsa Agama dan Pembangunan III.
Seminar ini bertepatan dengan sambutan genap 50 tahun Malaysia mencapaikemerdekaan. Sepanjang lima dekad kemerdekaan Malaysia, banyak perkara, isu,dan peristiwa berkaitan Islam dan umat Islam telah berlaku dalam negara danjuga merentasi sempadan negara. Dengan sambutan jubli emas kemerdekaanMalaysia yang dijangka akan disambut secara besar-besaran, maka seharusnyapara academia menyambutnya dengan pendekatan akademik. Seminar ini jugabertepatan dengan sambutan 62 tahun kemerdekaan Republik Indonesia.
Objektif:Sejajar dengan sambutan jubli emas kemerdekaan Malaysia serta sambutankemerdekaan Republik Indonesia, seminar ini mempunyai objektif-objektifberikut:-Mengenengahkan pencapaian Islam di Malaysia dan Indonesia dalam pelbagaibidang selepas era kemerdekaan-Membentangkan hubungan dan perbezaan pencapaian umat Islam di kedua-duabuah negara-Mengenalpasti kelemahan dan kekurangan umat Islam dalam era pascakemerdekaan-Menilai tahap pencapaian ilmu berkaitan Islam seperti akidah, tafsir, ulumhadith, syariah, dakwah, tamadun Islam, dan sebagainya pada era pascakemerdekaan-Merumuskan strategi pembangunan dan pengukuhan umat Islam pada dekad akandatang
Bayaran Peserta:Seminar ini dijangka akan disertai oleh:-Ahli-ahli akademik universiti di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura,dan lain-lain-Ahli-ahli agensi kerajaan dan swasta-Para pelajar dan individu perseorangan
Para peserta dikenakan bayaran berikut bagi makan dan minum sepanjangseminar:-Pelajar : RM20.00-Individu : RM50.00-Wakil institusi: RM100.00
Bayaran Pembentang:Para pembentang yang ingin membentang kertaskerja dikenakan bayaran berikutbagi kos perjalanan seminar:-Pembentang Fakulti Pengajian Islam, UKM : RM95.00-Pembentang Luar : RM145.00
Abstrak dan Kertaskerja:Semua pembentang yang bercadang membentang kertaskerja dipohon menghantarabstrak dan kertaskerja sebelum 30 Mei 2007 kepada:
Sekretariat Jawatankusa SeminarSeminar Antarabangsa Agama dan Pembangunan IIIJabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian IslamUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM Bangi, SelangorMALAYSIA
Email: mazib@pkrisc.cc.ukm.myTel: 603-8921 5520/5522/3516
Format Penulisan Abstrak dan Kertaskerja:Semua abstrak dan kertaskerja ditulis berdasarkan format berikut:-Font: Times New Roman, saiz 11-Single spacing dan tidak melebihi 10 halaman.-Format penulisan: sistem pengarang tarikh-Bibliografi disusun mengikut abjad pengarang. Format: Pengarang. Tarikh.Judul rujukan (italics). Tempat penerbitan: nama penerbit. http://www.ikmas.ukm.my/v1/?q=node/432